Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 18).
Kini, kami mempunyai 344,664 buah rencana.

Rencana pilihan

Singa berehat di Namibia

Singa (Panthera leo) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.

Perkataan singa dalam bahasa Melayu berasal dari perkataan siṁha dalam bahasa Sanskrit. Spesies singa adalah asing di kawasan kepulauan Melayu. Masyarakat Melayu kuno mula mengenali makhluk singa menerusi pengaruh India pada zaman sebelum kedatangan Islam. Nama saintifiknya leo berasal dari bahasa Latin. Daripada itulah adanya perkataan-perkataan seumpama yang merujuk pada singa dalam pelbagai bahasa Eropah, yakni lion dalam bahasa Inggeris, lion dalam bahasa Perancis, león dalam bahasa Sepanyol dsb.

Kebanyakan singa kini tinggal di Afrika timur dan selatan, malah jumlahnya kian merosot pada kadar 30–50% setiap 20 tahun di separuh akhir abad ke-20. Anggaran populasi singa Afrika antara 16,500 dan 47,000 ekor yang hidup liar pada 2002–2004, iaitu rendah daripada anggaran 1990-an yang sebanyak 100,000 ekor dan barangkali 400,000 ekor pada 1950. Punca utama penurunan termasuk wabak dan gangguan manusia. Kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia dianggap ancaman paling besar kepada singa. (Rencana penuh...)

Berita terkini

Tahukah anda...

Kaabah
  • "... bahawa perkataan Artik datang daripada perkataan bahasa Yunani arktos, yang bermaksud beruang?"  
  • "... bahawa syirik merupakan satu-satunya dosa yang tidak diampunkan dalam Islam?" 

Hari ini dalam sejarah

14 November: Hari Diabetes Sedunia; Hari Kanak-Kanak di India; Hari Wanita Colombia di Colombia.

Katedral Coventry

Hari-hari sebelum: 13 November12 November11 November

Gambar pilihan

Garrulax strepitans

Garrulax strepitans ialah spesies burung passerine dalam keluarga Leiothrichidae, berasal dari Laos, Myanmar, Thailand, dan provinsi China Yunnan. Panjang burung ini lebih kurang 32 cm (13 in) mempunyai mahkota berwarna buah berangan, wajah dan tekak coklat kehitaman dan kerah putih yang agak meresap, memisahkannya dari badan. Pada kebiasaannya burung hutan, sarang burung ini sukar dilihat dalam tumbuh-tumbuhan lebat yang mereka sukai. Mereka adalah burung yang bising, dan ciri ketawa atau ciapan mereka sering menjadi petunjuk terbaik bahawa burung-burung ini ada. Gambar Garrulax strepitans ini difoto di Taman Negara Mae Wong, Wilayah Nakhon Sawan, Thailand.

Kredit gambar: John Harrison

Gambar pilihan sebelum ini:

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Wikimedia-logo.svg Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wiktionary small.svg
Wikikamus
Kamus bebas
Wikinews-logo.svg
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibooks-logo.svg
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies-logo.svg
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisource-logo.svg
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity-logo.svg
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons-logo.svg
Commons
Koleksi multimedia bebas
Wikimedia Community Logo.svg
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata-logo.svg
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
Mediawiki-logo.png
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas